Saturday, November 13, 2010

BersuGi



 ISLAM memberikan sanjungan tinggi terhadap kebersihan, malah diangkat di kedudukan istimewa sehingga Nabi Muhammad s.a.w pernah menegaskan sebagai sebahagian daripada iman.





o.Sugi di dalam Bahasa Malaysia..
o.Siwak di dalam Bahasa Arab

Pengertian--Menggosok gigi dan disekelilingnya dengan menggunakan sesuatu yang kasar

Hukum Bersugi-
Wajib-  I.Apabila ia Bernazar                          
             II.Apabila terdapat najis pada gigi
            III.Menghilangkan bau yang busuk di mulut ketika solaat Jumaat
 -Makruh- I.Bg orang Yang berpuasa selepas tergelincir matahari.
Sunnah
Khilafi Awla    (menyalahi keutamaan )          
Haram -Menggunakan Sugi Orang Laen tanpa izin.


Peringkat Sugi-I.Ranting pokok AraQ (khamar)
                       II.Mayang pokok Tamar
                       III.Ranting pokok Zaitun
                       IV.Ranting yang mempunyai bau yang wangi
                        V.Ranting pokok yang laen.


Cara Memegang Sugi
Jari kelingking dan ibu jari letak di bawah sugi..                          
Jari yang laen Letak di atas..



Cara BerSugi
-Dimulakan Dari sebelah kanan gigi..di bahagian atas..
dan membentuk no.8
-Ulanginya 3 kali.


Ukuran Kayu Sugi
-tidak melebihi sejengkal..dan Tidak kurang dari 4 jari


Masalah berkaitan Bersugi
-Sekiranya terdapat sugi yang baru ,isap terlebih dahulu...dan telan..Mungkin terdapat Syifa`
(sunnah)
-Dirikan sugi itu jika terdapat di lantai..
-makruh Meletakkan sugi di dalam air untuk berwudu`
-Makruh bersugi menggunakan kedua-dua belah,Atas dan Bawah.
Jika tidak mempunyai Sugi..Ulama` mengatakan boleh menggunakan kain yang kasar..(cotton)
-Menggunakan jari orang lain jika jarinya kasar..
-boleh Digunakan jari kita asalkan ia terpisah dgn jasad(sudah terpotong)  pendapat ibnu Hajar
Dihukumkan makruh bersugi apabila telah gelincir matahari (masuk waktu Zohor) bagi orang yang berpuasa, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : “ Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu disisi Allah s.w.t. itu lebih harum daripada kasturi “. (Riwayat Muslim)


Fadhilat BerSugi
-Menambah kefasihan bercakap dan menambah ingatanya..(bagi yang IstiQomaH)
-Menguatkan penglihatan
_menggerunkan musuh
-Menggandakan Pahala
-Melambatkan Beruban
-mewangikan mulut
Menghilangkan Gigi kuning dan Tahi Gigi
-Membersihkan Asal kejadian
-Memutihkan gigi
-Menyebab kan jadi kaya
-Menghilangkan sakit kepala,sakit urat kepala.
-Menyihatkan Kisaran makanan
-Allah Redho Keatasnya
-mensucikan hati
-Memudahkan/mengingatkan Mengucap Shadah ketika hampir mati
-Menambahkan Akal
-Menguatkan gusi.




Hadis Nabi:
2 rakaat menggunakan sugi lebih baik daripada solat sunnat 70 rakaat yang tidak bersugi..



1) Dari Aisyah r.a. “Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya “. (Riwayat Baihaqi)
2) Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. telah bersabda : “Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku akan aku suruh mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwuduk “. (Riwayat Ahmad)

Amalan membersihkan mulut dan gigi menurut ulama sangat dituntut. Waktu melakukan siwak, iaitu:


i. Ketika mahu berwuduk dan mengerjakan solat.


ii. Apabila memasuki rumah dan bersama keluarga. Aishah ketika ditanya tindakan pertama dilakukan Nabi s.a.w apabila tiba di rumah, beliau berkata: “Apabila baginda memasuki rumah, perkara pertama yang baginda lakukan ialah siwak.” (Hadis riwayat Muslim)


iii. Apabila bangun dari tidur. Huzaifah ibn Al-Yaman r.a menyatakan apabila Nabi s.a.w bangun pada waktu malam, baginda membersihkan mulut dengan siwak secara sempurna. (Hadis riwayat Al-Bukhari)
iv. Apabila bau mulut seseorang berubah, sama ada disebabkan makan makanan yang berbau atau tidak makan dan minum dalam tempoh yang lama.


v. Ketika ke masjid. Penggunaan siwak sebahagian daripada dandanan yang sangat digalakkan bagi muslim pada setiap kali mendirikan solat. Ini sesuai dengan firman Allah dalam ayat 31, dari surah Al-A’raf, maksudnya: “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (sembahyang).”


vi. Apabila membaca al-Quran dan mengikuti majlis tertentu khususnya majlis mengingati Allah.
Ulama bersependapat tiada salahnya menggunakan siwak pada siang hari apabila seseorang itu berpuasa, cuma mereka berbeza pada waktu tengah hari, dengan sesetengahnya mengatakan makruh.
Di kalangan ulama juga ada perbezaan pendapat mengenai penggunaan tangan untuk bersiwak. Satu pendapat, iaitu majoriti ulama berpendapat lebih baik melakukannya dengan tangan kanan.
Ini sesuai dengan hadis Aisyah r.a yang menyatakan: “Nabi s.a.w gemar memulakan dengan yang kanan apabila memakai kasut, turun (dari untanya), apabila membersihkan diri dan dalam semua perkara.”
Mereka juga menyatakan siwak adalah satu perkara daripada ibadat yang mendekatkan seseorang terhadap Allah, jadi tidak sepatutnya dilakukan dengan tangan kiri.
Ulama lain berpendapat ia baik dilakukan dengan tangan kiri. Pendapat ini dikatakan daripada mazhab Imam Ahmad
Sesetengah ulama berpendapat, apabila seseorang menggunakan siwak dengan niat mengikuti sunnah, dia sepatutnya melakukan dengan tangan kanan dan jika untuk menghilangkan kekotoran, sepatutnya dengan tangan kiri.

Berdasarkan isyarat daripada al-Quran dan penegasan Nabi s.a.w, ditambah dengan perbincangan ulama dan kajian pakar perubatan jelas menunjukkan persoalan ini bukan lagi sesuatu yang boleh dipandang ringan.



PETIKAN DARIPADA KULIAH USTAZ ALI OMAR AL HAFIZZ AL YAMANI

DAN SEDIKIT PENAMBAHAN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...